"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mendaulatkan Budaya Songsang

Budaya Malaysia semakin tempang, rosak, menjijikkan dan menuju kehancuran. Binasanya adat Melayu dan budaya Malaysia bukan kerana Mat Rempit atau Minah Samprit. Binasa adat Melayu dan budaya Malaysia kerana kebangkitan gelombang baru dalam permodenan budaya Malaysia yang diasas dan didaulatkan oleh pemimpin UMNO/BN.


Budaya Malaysia amalan UMNO/BN tidak lagi menjadi kesalahan atau dipandang hina mereka yang berbohong, menipu, merompak waima membunuh sekalipun. Mereka yang berada digerbang kekuasaan yang terlibat dalam kegiatan yang satu masa dulu dianggap salah dan dipandang hina oleh masyarakat, hari ini perbuatan yang sama telah dihalalkan malah didaulatkan oleh kerajaan UMNO/BN.

Bukan hanya di Malaysia, malah seantaro alam mengenali Datuk Seri Najib Razak, timbalan perdana menteri Malaysia dan isterinya, Rosmah Mansor sebagai manusia yang dengan jelas dan berulangkali dikaitkan dengan amalan najis rasuah, penipuan, penculikkan, persundalan dan pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Saya amat yakin jutaan rakyat di alam ini yang sukar untuk tidak mempercayai bahawa Najib Razak dan isterinya terlibat secara langsung dalam amalan jijik dan hina yang diperkatakan secara meluas oleh rakyat Malaysia khasnya.

Malangnya budaya kepimpinan negara tidak lagi memandang pertuduhan membunuh sebagai sesuatu yang perlu disiasat sekiranya ia dilakukan oleh pemimpin UMNO. Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dikaitkan secara langsung samada atas dasar mengetahui, merestui, membenarkan, bersubahat atau melakukannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Amat mendukacita dan memalukan setelah puluhan malahan mungkin beratus laporan polis, kenyataan akhbar, sidang media, akuan bersumpah, ceramah umum, penulisan di laman web dan blog yang mendedahkan keterlibatan sepasang suami isteri yang bernama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan ini tidak ada siasatan yang adil dan telus yang dilakukan terhadap mereka berdua.

Malaysia hari ini.....

Orang yang dilaporkan melakukan pembunuhan tidak disiasat, tetapi orang yang melaporkan kesalahan tersebut yang disiasat malahan didakwa. Orang yang dilaporkan terlibat dalam kes rasuah tidak disiasat (sekiranya yang didakwa itu pemimpin UMNO) sebaliknya orang yang membuat laporan pula yang akan ditangkap, disiasat, didakwa dan dipenjarakan. Undang-undang jenis apa yang sedang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN sekarang ini?

Sejak terjadinya peristiwa malang ke atas DSAI yang telah dibelasah secara kejam dan zalim oleh 
manusia sial dan celaka bernama Rahim Nor dan digerak-aturkan oleh pertualang2 dan perosak budaya bangsa, sehingga ke hari ini tiada satupun tindakan ke arah memulihkan keadilan dipratikkan oleh kerajaan UMNO/BN secara jujur terhadap peristiwa tersebut.

Terbaru, laporan sebuah akhbar Perancis, Liberation French telah memaparkan dengan jelas keterlibatan secara lansung Datuk Seri Najib, isteri beliau dan Abdul Razak Baginda serta hubungan mereka dengan wanita Monggolia yang telah dibunuh secara zalim melalui tembakan dan ledakan C4.

Laman web kerajaan rakyat telah menterjemahkan laporan tersebut ke bahasa Melayu dan berpuluh blog lain telah menerbitkannya semula, manakala Angkatan Muda KeADILan telah membuat laporan polis terhadap isu ini kerana ia telah menjejaskan nama dan kedaulatan negara lantaran penglibatan timbalan perdana menteri dan isterinya dalam kes  berkait dengan pembunuhan zalim.

Malangnya PDRM masih dengan cara penuh kecelakaannya, langsung tidak menunjukkan keterbukaan,  kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan penyiasatan terhadap kes tersebut. Malang bagi rakyat Malaysia, Najib Razak sekali lagi terlepas daripada siasatan sebaliknya Ketua Angkatan Muda KeADILanpula yang disiasat!!!.

Maka, pada perkiraan saya tidak salah andainya RAKYAT Malaysia akan terus menganggap pihak polis tidak adil dan bersikap pilih kasih, double standard dan melakukan kerja ibarat ‘lembu yang dicucuk hidung’!!!

RAKYAT MALAYSIA wajib bangkit menentang kezaliman dan kebaculan yang dibudayakan oleh kerajaan UMNO/BN dengan kerjasama polis, SPRM dan  jabatan peguam negara. Jika rakyat  gagal menentang amalan songsang yang sedang dipasak menjadi budaya Malaysia ini, maka anak cucu kita akan pastinya menyumpah dan menempelak kita kerana mereka akan hidup dengan penuh kerugian dan penderitaan yang berpanjangan.

RAKYAT  hanya punya dua pilihan: Tentang dan hancurkan kerajaan sundal, celaka dan sial UMNO/BN sekarang atau generasi kita akan mendapat bencana dan dihancurkan oleh UMNO.

http://kerajaanrakyat.com/

Tiada ulasan: