"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Osman Jailu mengaku terperangkap


dscn42791ADUN parti bebas Barisan Nasional bagi Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mengaku bahawa beliau tidak menduga Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan tumbang dengan pengistiharan beliau keluar dari PKR dan menyokong BN.

Semasa berucap di Air Kuning, Mohd Osman berkata tindakannya keluar PKR dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas tidak dirancang malah kejatuhan kerajaan pakatan PAS-DAP-PKR berikutan tindakannya bersama-sama Adun Behrang (PKR) Jamaluddin Mohd Radzi adalah di luar dugaan.

“Kami tidak pernah terlintas ada lagi Adun akan bersama kami dan kami tidak tahu pun kerajaan pakatan akan runtuh kerana kami berfikir hanya kami berdua sahaja… bersama kami ada Datuk Nasaruddin (Hashim) dan YB Hee (Yit Foong),” katanya pada majlis jamuan serta sesi penerangan bersama rakyat anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Kampung Air Kuning di sini.

Nada tersebut adalah nada kesal dan ternyata kecetekan beliau dalam politik menyebabkan beliau dipermainkan oleh UMNO.


 Siapalah yang akan percaya dengan pelacur politik ini.

Tiada ulasan: