"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

OSMAN JAILU - SENYAP DALAM MESYUARAT EXCO

Sepanjang 10 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui negeri Perak, EXCO bermesyuarat setiap minggu. Dalam mesyuarat semua EXCO bebas memberi pandangan, cadangan dan teguran secara terus dan telus. Saya difahamkan, Osman & Jamaluddin antara EXCO yang kurang bercakap, pendek kata mereka tidak ada idea bernas bagi membantu kerajaan negeri Perak dari sudut ekonomi, sosial, apatah lagi yang berkaitan dengan agama. Mereka lebih suka berdiam diri dalam apa sahaja isu yang berbangkit dalam mesyuarat. Sekali sekala mereka bersuara, tetapi apa yang disuarakan tidak rasional.

Sekiranya mereka tidak mampu bersuara dalam mesyuarat disebabkan tidak upaya berhujjah atau mungkin pandangan mereka akan diperkecilkan oleh orang lain, mereka boleh berjumpa MB untuk menyatakan pandangan-pandangan dan teguran kalau betul MB mengikut telunjuk DAP. Pintu bilik MB sentiasa terbuka untuk EXCO bila-bila masa sahaja. Tidak ada sebab mereka tidak boleh berjumpa untuk berbincang dengan MB dalam isu-isu yang kononnya merugikan orang Melayu. MB cukup terbuka dalam hal ini. Tapi sayang mereka tidak pernah menggunakan kesempatan ini untuk tujuan tersebut.

Osman juga tidak berperanan dalam melaksanakan tugas sebagai EXCO dan juga wakil rakyat. Beliau adalah EXCO Pelancungan, NGO dan Pembangunan Insan. Apa yang beliau buat untuk pelancungan, melainkan selalu ke luar negeri dengan isteri barunya itu. Untuk Apa ? Beliau melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi sebuah anak syarikat di bawah portfolio Exco Pelancungan, dan melantik isteri barunya itu sebagai Pengurus Besar syarikat tersebut. Majlis Pakatan Rakyat Negeri baru bercadang untuk menegurnya supaya letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat tersebut kerana bercanggah dengan peraturan, dan menasihati supaya tidak melantik isterinya sendiri sebagai Pengurus Besar, tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau telah hilang dan akhirnya keluar parti. Bagaimana pula dengan NGO dan Pembangunan Insan ? 10 bulan Osman tidak buat apa-apa pun untuk NGO dan Pembangunan Insan ? 10 bulan Osman tidak buat apa-apa pun untuk NGO dan Pembangunan Insan, tidak ada satu cadangan apatah lagi program yang dijalankan untuk portfolio tersebut.

Manakala prestasi beliau sebagai wakil rakyat juga cukup tidak popular, tanyalah pengundi Changkat Jering, berapa kali beliau bertemu rakyat ? Berapa kali pula beliau berjamaah di Masjid atau Surau seluruh DUN Chnagkat Jering ? Berapa kali beliau menziarahi orang sakit dan kematian ? Di Changkat Jering, ada 9 buah masjid, saya diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai, sepanjang 10 bulan sebagai ADUN, beliau tidak pernah sekali pun solat Jumaat di masjid-masjid tersebut. Bahkan saya sendiri tidak pernah melihat kelibatnya solat jamaah dan mendengar tazkirah Zohor di surau SUK, sedangkan beliau kerap juga berada di pejabatnya. Saya juga diberitahu, selama 10 bulan, belum sekalipun beliau hadir Mesyuarat Jawatankusa Tanah Daerah, dan hanya sekali pernah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

Osman Jailu ada menyatakan MB ikut telunjuk DAP dalam membuat keputusan dalam mesyuarat EXCO, saya cabar Osman Jailu, senaraikan keputusan-keputusan mesyuarat exco yang dikatakan MB ikut telunjuk DAP. Dan senaraikan isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam yang beliau kononnya perjuangkan dalam mesyuarat EXCO. Tanya juga pimpinan PKR Perak, apa peranannya pula dalam parti ?

Saya juga mendapat maklumat dalam komplot BN & UMNO berhubung dengan isu rasuah, beliau cukup takut jika disabitkan, sehingga beliau pernah menyebut akan keluar parti dan menjadi bebas dari masuk penjara. Beliau menafikan berkali-kali dakwaan rasuah itu , menurutnya dakwaan tersebut palsu dan komplot jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan, tiba-tiba BN pula yang disokongnya.

Allah maha adil, Allahlah yang akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah, tidak di dunia, di akhirat juga akan tahu.

Tiada ulasan: