"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SISTEM PENGADILAN YANG TIDAK ADIL: KATI PERLU TUKAR KEPADA KILO

Oleh: Tun Telanai

Ucapan tahniah kepada PDRM dan khususnya Pejabat Peguam Negara yang telah mengambil tindakan yang paling cepat dan pantas di dunia. Tindakan mendakwa enam orang yang dikatakan terlibat menghina Sultan Perak telah dibuat di mahkamah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth. Diberitahu juga ada beberapa orang lagi [tidak beritahu bilangan yang tepat] akan didakwa di mahkamah di Kuala Terengganu.

Peguam Negara mengambil tindakan sedemikian kerana individu terlibat melontarkan komen [sekadar meluahkan perasaan marah yang meluap-luap] yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis rampasan secara haram yang dikepalai oleh Najib Tun Razak selaku Pengerusi UMNO Perak yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Najib melalui kuncu-kuncunya, pertama memulakan operasinya dengan membuat perangkap samar dengan kaedah menawar rasuah wang dan rasuah seks kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu [kes mereka sedang dalam tindakan mahkamah dan keputusannya memang orang awam boleh menjangkakan seperti kes perbicaraan pembunuhan Altantuya] . Perangkap yang dipasang terkena mangsanya kerana kedua-dua mereka tidak dididik dalam harakah Islamiah.

Kedua, melalui operasi penculikan, ugutan, ancaman dan suapan yang menjadi amalan UMNO sejak zaman berzaman lagi dan akhirnya Jamaluddin Mat Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Fong [Timbalan Speaker dan ADUN Jelapang] dan ADUN Bota [yang baru masuk PKR] Nasarudin Hashim diculik dan dilarikan. Kemudian mereka muncul di persidangan akhbar Najib di Putra Jaya pada petang 4 Februari lalu mengisytiharkan pendirian mereka menyokong UMNO. Kedudukan DUN ketika itu seimbang, iaitu 28 Pakatan Rakyat dan 28 UMNO[BN] dan tiga ADUN lagi itu bertindak sebagai calon bebas.

Ketiga, Najib telah memperalatkan dan memperkudakan istana dengan memberi penafsiran yang mengelirukan Sultan Perak yang UMNO/BN memperolehi majoriti dalam DUN Perak. Oleh kerana Sultan Perak terlalu pintar dan cerdik [kerana baginda bekas Ketua Hakim Negara] telah mengeluarkan arahan memaksa Mohammad Nizar Jamaluddin meletakan jawatan MB dan melantik Dr. Zambri Abdul Kadeer mengambilalih jawatan MB.

Operasi Najib akhirnya berjaya. Beliau dan kuncu-kuncunya ketawa besar, menari-nari dan bersenang hati kerana operasi yang pernah yang dilakukan oleh Allahyarham bapanya dulu di Kelantan, di Terangganu dan Selangor mencapai kejayaan yang cemerlang. Dari situ timbullah apa yang dikatakan krisis perlembagaan yang menimbulkan berbagai haru-biru politik di Perak.

Kesan daripada rampasan kuasa itu [Sultan yang angkuh dengan kedaulatan yang ada padanya itu enggan membubarkan DUN] rakyat bangkit membantah dan tercetuslah berbagai insiden yang telah kita dengar, membaca dan menonton gelagat-gelagat rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Sultan seolah-olah pro kepada UMNO dan anti Pakatan Rakyat. Maka, rakyat mengeluarkan pendapat dan meluahkan rasa dengan berbagai cara termasuklah enam orang ini. Tahniah sekali.

Kita sambut baik tindakan ini kerana kita tidak mahu sesiapa pun dihina, diperlecehkan dan dikeji dengan kata-kata nesta yang buruk dengan berbagai cara sama ada melalui tulisan, lukisan, atau pun melalui perkataan baik Sultan, pemimpin atau rakyat marhaen. Tindakan yang sama perlu diambil secara adil dan saksama.

Tetapi, malangnya amalan ini tidak berlaku dalam sistem keadilan dalam negara kita. Terdapat sikap double standard dalam hal mengambil tindakan ini. Ia bergantung kepada orang itu berkuasa atau tidak atau orang itu mempunyai link dengan orang-orang berkuasa khususnya dengan para pemimpin UMNO.

Kita lihat kes menghina Yang DiPertuan Agong dalam krisis perlantikan MB Terengganu dulu. Penyokong-penyokong Idris Jusuh menulis banner “Kami Nak Idris, natang" [masudnya: Kami mahu Idris Jusuh sebagai MB Terangganu, Binatang].Perkataan ‘binatang’ itu dituju kepada Yang DiPertuan Agong selaku Sultan Terengganu. Sebanyak 26 laporan polis dibuat contohnya pada 26 Mac 2008, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu [Mampat], membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu jam 11.20 pagi. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul juga turut berbuat sedemikian.

Seperti amalan-amalan biasa kes-kes yang melibatkan kepentingan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan juga melibatkan Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak 1984 kerana kesalahan mencetak dokumen tanpa mengandungi nama pencetak dan penerbit. Tetapi sampai sekarang kes itu tidak di bawa ke mahkamah. Orang-orang yang terlibat sihat wal afiat. Ketawa besar, berbanding dengan enam orang itu.

Jadi, sekiranya rakyat mahukan sistem keadilan ditegakkan di negara ini, maka kita wajib menukarkanKATI KEPADA KILO. Rebutlah segera peluang ini dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan lain-lain siri PRK pada masa akan datang dan jangan lupa pada PRU ke-13 nanti. InsyaAllah. 

 http://tuntelanai.blogspot.com/ 

Tiada ulasan: