"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sivakumar : Sidang Tergempar ikut undang-undang


Speaker DUN Perak, V. Sivakumar akan meneruskan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak pada Selasa 3 Mac ini walaupun Setiausaha dewan, Abdullah Antong menyatakan tindakan Sivakumar itu menyalahi perlembagaan undang tubuh negeri Perak.

Peguam-peguam Sivakumar berkata sidang tergempar DUN Perak akan diteruskan mengikut sebagaimana yang dirancangkan pada Selasa 3 Mac ini kerana ianya adalah sah dibawah perlembagaan negeri Perak dan menurut sebagaimana yang diamal parlimen negera-negara komonwel
 
Walau bagaimana pun, Abdullah Antong berkata , sidang tergempar tersebut tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan pihak Istana .

Kelmarin, Najib Abdul Razak berkata, Sivakumar tidak boleh memanggil sidang dewan kerana menantikan Mahkamah membuat keputusan tentang status kerajaan negeri sekarang.

Menurut peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.

" Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan p[erkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan per4sidangan Dewan Negeri ke-13.

Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.

Kenyatan Chan tersebut turut deiperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :

“Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan .                                                                                                                                                    http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: