"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno hijack dana koperasi



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam satu kenyataannya telah meluluskan bantuan khas RM30,000 kepada semua koperasi baru . Bantuan Khas tersebut adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat khususnya di luar bandar dan bagi membolehkan mereka memiliki daya saing.


Namun tujuan tersebut akan menemui kegagalan kerana bantuan tersebut kini khabarnya hanya akan dimonopoli oleh sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh kerajaan Umno/BN.

Sewaktu menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (ML100) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang sedang diadakan di Hotel Seri Malaysia di Ipoh (17-19 Mac ), beberapa aktivis koperasi yang turut serta telah merungut dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana peruntukan RM30,000 tersebut kini telah di 'Hijack' oleh Umno/BN dan hanya diperuntukan kepada Koperasi Bela Rakyat ( Kobera ) sahaja.


Kobera yang akan diwujudkan oleh kerajaan pada setiap Dun, dilihat sebagai alat terbaru bagi Umno untuk cuba mendekati masyarakat luar bandar.Campurtangan politik yang bertopengkan kebajikan ini dijangka akan menambah perpecahan masyarakat kerana mereka dari aliran politik yang berlainan akan diketepikan.


Kalaulah benar peruntukan tersebut hanya diberikan kepada Kobera yang akan diwujudkan disetiap Dun dan di bawah pengawasan Umno/ BN, maka matlamat tabung pembangunan koperasi tidak akan mencapai tujuannya kerana adanya campur tangan orang politik.

Salah seorang peserta kursus telah bertanya kepada pegawai yang bertugas samada mereka boleh memohon peruntukan tersebut.Pegawai tersebut menjawab, setakad memohon saja bolehlah....

Pengurusan Kobera , didukungi oleh aktivis Umno tempatan. Bolehkah mereka yang serasi dengan pecah amanah memikul dan menjaga kepentingan mereka yang miskin tegar dan para ibu tunggal?

Apa pula peranan sebenar mereka yang bergelar ‘Pengembang’ yang dibayar gaji oleh pihak SKM ? Sepatutnya merekalah yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Kobera .

Kenapa hanya Kobera sahaja yang diberikan keutamaan mendapatkan bantuan khas tersebut?
Ilustrasi : Gambar sewaktu kursus koperasi di Hotel Seri Malaysia di Ipoh. 

Tiada ulasan: