"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usul gantung Gobind diluluskan

BN membentangkan usul untuk menggantung tugas ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo selama setahun kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri. 

Minggu lalu, wakil rakyat Puchong itu digantung sehari daripada menghadiri Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz akan diputuskan hari ini. Ia sedang dibahaskan sekarang.

Teks lengkap usul seperti berikut:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat
Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen
kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. 

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen
kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan
kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

-malaysiakini- 

Tiada ulasan: