"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tolak pemimpin bertelinga satu, berlidah dua



Sasterawan Negara, A.Samad Said, ketika ditanya adakah beliau yakin orang Melayu khususnya akan menggunakan undi untuk menolak pemimpin yang cuba menguburkan bahasa ibundanya; berkata :

Itu antara yang saya tak begitu tahu tapi saya harap orang Melayu menggunakan undinya untuk memperjuangkan bahasa ibundanya selain menggunakan undi itu untuk kepentingan -kepentingan lain.Tetapi harus guna undi untuk menolak mereka yang menguncupkan bahasa.
Menjadi kerunsingan saya jika orang Melayu tidak menggunakan undi ini untuk menolak mereka yang menguncupkan bahasa.Saya gembira bila melihat orang muda begitu bersungguh-sungguh mahu melestarikan bahasa.

Kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka.Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita

Saya menyokong GMP ini kerana anak muda PAS menghubungi saya. Mereka kata, "Bapak bantulah kami," saya bilang, saya sudah bersama kamu.Yang perlu lagi ialah seluruh anak muda menyatakan pendirian kamu.

Kalau bahasa ibunda mereka diperkotak katikkan maka apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini. 

Tiada ulasan: