Kenyataan PM tampar Kayveas |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memeriksa status PPP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum mengesahkan perlu merasmikan mesyuarat agung parti komponen Barisan Nasional itu. Kenyataan ini menjadi tamparan kedua kepada presidennya Datuk M Kayveas dalam masa tiga hari setelah penentang kuatnya Datuk T Murugiah juga diangkat presiden sah PPP dalam mesyuarat tergempar penyokongnya, Ahad lau. Najib, juga pengerusi BN, berkata PPP menjemput beliau untuk majlis itu yang dijadual 7 Jun ini, lapor Bernama. "Nantilah saya akan dapat laporan dari ROS... Mereka (PPP) telah menjemput saya tapi saya perlu periksa dengan ROS dahulu status PPP," katanya sewaktu diminta mengulas kehadiran beliau susulan krisis yang makin meruncing melanda parti tersebut. Terdahulu perdana menteri menghadiri perhimpunan bersama warga kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Murugiah, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini dipecat sebagai anggota PPP atas tuduhan melanggar perlembagaan parti. Selain melantik beliau, mesyuarat tergempar di Putrajaya juga membatalkan pemecatan Murugiah dan sebaliknya memecat Kayveas sebagai presiden. Kayveas pula masih menegaskan beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi PPP. Akhbar hari ini melaporkan bahawa Murugiah menyerahkan keputusan mesyuarat itu kepada ROS di Putrajaya semalam. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Krisis PPP : Najib Khianati Kayveas?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan