"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembebasan terpilih, dakwa GMI

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan, pembebasan 13 tahanan ISA termasuk tiga pemimpin Hindraf kelmarin adalah bersifat terpilih dan bersyarat.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis debat bertajuk 
ISA: Haram atau Halal? anjuran GMI semalam, beliau juga mempersoalkan mengapa baki 14 lagi tahanan - yang tahan dengan alasan dan tahun yang sama dengan 13 tahanan tersebut - tidak turut dibebaskan sama.

syed ibrahim gmi"Mengapa mereka tidak dibebaskan?" soal Syed Ibrahim sambil menambah terdapat tiga tahanan yang ditahan selama tujuh tahun antaranya, Mat Shah Mat Satray dan Shamsuddin Sulaiman.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pembebasan tahanan tersebut "ada kaitan" dengan kemelut politik di Perak di mana ramai pemimpin politik dan aktivis parti ditahan polis.

"Ia ada kena mengena dengan Perak, walaupun perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menafikannya," katanya.

Syed Ibrahim berkata, walaupun pembebasan tahanan-tahanan tersebut menggembirakan keluarga masing-masing, tetapi tambahnya, mereka sebenarnya tidak bebas.

"(Mereka) tertakluk kepada akta kediaman terhad. Kalau gagal patuhi, mereka boleh ditahan semula," kata Syed Ibrahim.

Dalam sidang akhbar itu juga beliau mengulangi kesediaan pihaknya untuk berhujah dengan mana-mana parti politik - sama ada Gerakan atau Umno - berhubung akta kontroversi ini.

"Kita berjuang atas prinsip, bukan kepentingan politik," katanya.

Syed Ibrahim juga menyatakan kesediaannya untuk berbincang mengenai ISA dengan Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) melalui siaran langsung di radio sekiranya menerima undangan atau tawaran daripada NGO pro-ISA itu.

Sebelum ini, GMI telah mengundang PEWARIS mengambil bahagian dalam debat semalam mengenai sejauh mana Islamik atau tidak ISA, susulan kenyataan NGO Melayu itu bahawa ISA "perlu untuk mempertahankan Islam."

PEWARIS kemudiannya mencadangkan agar perdebatan itu ditukar kepada perbincangan dan ia disiarkan secara langsung di stesen Radio 24 milik agensi berita nasional Bernama.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: