"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR Akan Bertindak Demi Maruah Umno-BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar serius mahu menjalankan tugasnya di pilihan raya kecil N12 Penanti. 

Banyak amaran telah dikeluarkan supaya parti-parti yang bertanding mematuhi setiap peraturan dan garis panduan  semasa berkempen dalalm PRK ini.

Sebelum ini parti-parti politik dalam PRK Penanti tidak dibenarkan mendirikan pondok panas dan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan juga dihadkan kepada 5,000 sahaja. Kedua-dua peraturan ini dipatuh dengan baik oleh semua pihak. Ini tentu sekali menyenangkan hati SPR dan juga menyenangkan tugasnya.

Hari ini pula SPR mengeluarkan satu lagi amaran akan mengambil tindakan terhadap parti dan calon yang memburukkan parti yang tidak bertanding dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Parti yang tidak bertanding dalam PRK ini ialah Barisan Nasional yakni Umno jadi amaran SPR itu sudah tentu ditujukan bagi sesiapa yang mengkritik atau menghamun BN kempen pilihan raya.

Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar,berkata perbuatan menjatuhkan maruah parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Akta Keselamatan Pilihan Raya.

Persoalan yang ingin diajukan kepada SPR bagaimana sekiranya parti yang tidak bertanding berlagak seperti ia parti yang bertanding.

Daripada maklumat yang diterima walaupun UMNO-BN tidak meletakkan calonnya di Penanti lagaknya bagai ia bertanding.

Parti itu dikatakan sejak sehari dua ini sudah mula menganjurkan ceramah politik berhampiran Penanti. Umno juga telah siapkan banyak khemah untuk memuatkan ribuan orang tetapi malangnya jumlah yang hadir tidak lebih daripada 50 orang sahaja.

Di beberapa Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) ada pihak tertentu diberitakan menganjurkan makan angin ke Padang Besar dengan tujuan membawa lari pengundi daripada menjalankan hak dan  tanggungjawab mereka.

Sasaran pihak tertetu ini adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dan mereka ditawarkan makan angin percuma ke Padang Besar dan diberi duit belanja pula.

Sekiranya dakwaan ini benar adakah SPR sebagai badan yang "telus", "bebas" dan "profesional" akan mengambil tindakan ke atas Umno dan BN dan melarang mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecil atau besar?

Beranikah SPR berbuat demikian atau SPR hanya menjadi pen-SURUH-anjaya kepada Umno dan BN dan me-PILIH-an-milih tindakan kepada pihak yang tidak sebulu dengan pen-SURUH-annya?

Bagaimana SPR hendak mepertahankan maruah Umno-BN bila mereka sudah tidak ada lagi maruah yang ingin dipertahankan?

Mungkin sebelum SPR senang-senang memberi amaran kepada mana-mana pihak elok-eloklah mencermin dirinya sendiri dahulu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: