"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan Digantung Tugas

TIGA pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan masing-masing telah digantung tugas beberapa hari lalu. Penggantugan tugas mereka secara serta merta itu dikatakan ada sangkut paut dengan penemuan kes tuntutan melampau oleh pihak tertentu yang berjumlah RM39 juta dalam tempoh dua tahun dari 2006 hingga 2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri.

Penggantungan tugas itu juga dikatakan untuk membolehkan satu semakan ke atas akaun kerajaan negeri Kelantan yang disyaki berlaku penyelewengan.

Tindakan drastik itu diambil sebaik sahaja Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Sultan ekoran kegeringan ayahandanya Sultan Ismail Petra. Sultan Ismail kini dirawat di Singapura dan keadaanya beransur pulih.

Sebelum ini blog ini ada melaporkan mengenai kemungkinan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan beberapa pegawai kerajaan negeri yang berselindung di sebalik pihak istana.

Tuntutan-tuntutan itu dikatakan berhubung dengan kontrak menyelia dan membekal peralatan ke istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian yang mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah.

Penyelewengan itu menyebabkan timbul pesepsi buruk ke atas pihak istana Kelantan yang kononnya memberi lampu hijau kepada pihak tertentu berhubung tuntutan berkenaan.

Penyelewengan terbongkar apabila Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai kejadian itu. Tengku Mahkota dikatakan tegas dan prihatin dalam hal ini kerana baginda tida mahu berlaku pembaziran dan pengkhianatan.

Kemungkinan sekiranya Tengku Mahkota tidak berbuat demikian penyelewengan yang melibatkan tuntutan puluhan juta ringgit wang rakyat itu masih belum terbongkar.

Tiada ulasan: