"
“KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing..
..Jangan menyesal jika berlaku sesuatu apabila BN kalah.
…Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu," katanya.”
Saya terasa lucu tengok UMNO. Bila Anwar hilang kuasa, UMNO menyalak-nyalak kata Anwar pengkhianat dan MAhathir hero. Bila Mahathir hilang kuasa UMNO menyalak pulak kata Mahathir pengkhianat Melayu dan jatuhkan UMNO. Bila Pak LAh kalah dan hilang kuasa, UMNO salahkan pulak Pak Lah sebagai punca kekalahan UMNO. Pendek kata, semua salah orang lain, UMNO aje yang betul..
Sebelum ni Presiden MCA menyatakan bahawa wujud ugutan bunuh dari kepimpinan tertinggi BN berikutan skandal zon bebas pelabuhan klang. Badan audit bebas pula dah sahkan bahawa rasuah tidak kurang RM500 juta hingga 1 billion sudah dikesan.
Mungkinkah amaran Muhyiddin Yassin akan sampai kepada Presiden MCA dulu? Saya cadangkan beliau pasang bodyguard. Bukan apa, takut SPRM panggil, silap haribulan jatuh bangunan pulakk...
PAS , DAP dan PKR juga patut mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang UMNO dari membuat apa-apa yang bersifat 13 Mei apabila UMNO kalah kelak..
-tranungkite.net-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan