Dzulfikar Mashoor | |
TELOK KEMANG, 28 Sept. Walaupun hampir seluruh ahli Umno Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon, Umno nampaknya tidak mahu kesilapan memilih calon menyusahkan mereka sebagaimana di Permatang Pasir. Katakutan berulang tragedi Permatang Pasir dan ketakutan Umno kepada bekas pemimpin mereka menyebabkan hasrat akar umbi mereka bakal terkubur. Sokongan terhadap Isa tidak berbelah bahagi dari semua cawangan Umno Teluk Kemang, sejak kerusi N31 diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendirian terbuka Mahathir yang tidak mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menjadi calon kerana terlibat dalam beberapa kes politik wang sebelum ini, dikatakan ada kaitan dengan realiti kehendak akar umbi tersebut. "Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya," kata Mahathir. Jika akar umbi Umno masih bertegas mahu Isa menjadi calon, bermakna Umno bersedia dikritik seperti sebelum ini, katanya. Dan nampaknya, dokongan bekas pemimpinnya lebih besar dalam Umno dari sokongan akar umbinya sendiri. (Gambar:Isa berbual dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly dan AJK PAS Pusat Datuk Husam Musa) Malah, dengan ketokohan serta sikap rendah diri yang ada pada diri Isa, tidak mustahil akar umbi Umno akan memberi undi protes kepada calon PAS dalam pilihanraya kali ini. Tetapi, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi petang tadi, tidak menganggap kritikan tersebut sebagai strategik kempen Mahathir untuk mengukuhkan sokongan akar umbi Umno ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menganggap Mahathir terpaksa mengabaikan hasrat akar umbi Umno tempatan; demi meraih sokongan pengundi yang amnya mementingkan soal peribadi calon yang dipertandingkan oleh mana-mana parti politik. Dalam perkembangan berkaitan, Nasharuddin menegaskan bahawa PAS serta Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah dalam meletakkan calon di N31. Ujarnya, PAS sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon taruhan Umno; sama ada calon tersebut adalah calon kesukaan Mahathir atau kesukaan akar umbi Umno sendiri. Fokus Pakatan adalah menjelaskan mengetengahkan dasar-dasarnya yang lebih adil; bukannya asyik memperkatakan peribadi calon-calon yang dipertandingkan. Tanpa menyebut nama calon PAS, Nasharuddin berkata, krateria yang menjadi penekanan dalam memelih calon Pakatan ialah � (1) calon yang disegani rakyat; (2) calon yang mampu memenangkan Pakatan Rakyat; dan (3) calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas yang dihubungi kemudian menyifatkan bahawa kenyataan Mahathir tersebut melambangkan realiti sebenar amalan rasuah di dalam Umno. Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang berkata, beliau sedikit pun tidak hairan jika Isa menjadi calon menentang Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Sebaliknya, beliau hairan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak bersuara dalam isu persimpangan Umno tersebut � mengikut nasihat Tun atau menghargai suara Umno tempatan. Jelasnya, sikap berdiam diri Najib seolah-olah menunjukkan bahawa Mahathir masih berkuasa dalam Umno BN serta berupaya memaksa Najib mengikut telujuknya; walaupun sudah bergelar mantan Perdana Menteri ke-4 Malaysia. Ianya akan disahkan jika terbukti calon pilihan Mahathir akan terpilih dalam pilihan raya kecil ini. (Gambar:Bekas calon Umno 2004, Faizal, mesra dengan bekas calon PAS 2008, Haji Ramly [kiri])) Sumber dalaman Umno memberitahu bahawa terdapat tiga nama yang dipertimbangkan Umno kini bagi menggantikan Isa. Mereka yang dimaksudkan adalah Faisal bekas Adun Bagan Pinang 2004; Naib Ketua Bahagian Cikgu Zabrin; dan Kak Ani Ketua Wanita Umno Bahagian sendiri. Kelihatan sejak petang tadi, kesemua kain rentang bermotif politik serta ucapan selamat hari raya yang mewakili Isa mula diturunkan. Tiga cadangan nama calon tersebut menjadikan Umno bakal berdepan beberapa cabaran dalaman antara orang lama dan muka-muka baru dari kalangan pemuda dalam parti itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Calon Umno: Antara akar umbi atau kehendak Mahathir / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan