"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PAS Sediakan Usul Garis Panduan Arak

Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan usul penetapan garis panduan larangan penjualan arak kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur berkata garis panduan yang diusulkan ini menyentuh soal kawalan arak dari dijual kepada masyarakat Islam.

Shapawi menegaskan, garis panduan ini tidak sama sekali akan mengharamkan penjualan arak kerana masyarakat bukan Islam berhak kepada minuman keras.

" Kami akan mengemukakan berkenaan dengan arak. Kita akan memberikan garis panduan dari Pemuda PAS. Tidak makna kita minta haram secara total, orang yang bukan Islam dia ada hak untuk minum, cuma yang penting sekali ialah yang melibatkan orang Islam dan majoriti yang tempatnya ramai orang Islam" ujarnya.

Pemuda PAS bagaimanapun dalam proses menyiapkan usul itu. Menurut Shapawi, perbincangan ke atas usul ini akan dimulakan pada 10 Oktober hadapan.

Shapawi berkata selain daripada Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, cadangan itu turut meliputi Perak kerana PAS masih menganggap negeri Darul Ridzuan itu masih lagi di bawah Pakatan Rakyat.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: