"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ribuan I’tikaf Di Masjid Al Aqsa

Razali
itikaf17 Sept – Sebahagian besar malam di Jerusalem dipenuhi ribuan pengunjung dari kota Tua (Jerusalem) dan Tebing Barat.Itulah Lailatul al-Qadr, malam yang datang menjelang akhir Ramadhan di mana ahli keluarga beribadah bersama-sama selama berjam-jam. Masjid Al Aqsa ini pun menjadi penuh, begitu juga dengan pasar Kota Tua.
Bas-bas telah membawa para jamaah dari kota-kota Palestin di persempadanan Israel, sementara banyak kenderaan datang dari sekitar Jerusalem. Penduduk Tebing Barat yang mengguna khidmat pihak pengangkutan awam yang mampu melewati pos pemeriksaan Israel juga tidak ketinggalan.

Seorang penduduk Betlehem mengatakan bahawa dia telah diperiksa dengan ketat di sebuah pos pemeriksaan di Beit Jala dan mereka cuba menghalang beliau untuk memasuki kawasan Masjid Al Aqsa, namun beliau tetap berkeras untuk beribadah di Al Aqsa. Ribuan orang berupaya menjangkau Jerusalem Timur menembusi pos-pos pemeriksaan untuk beri’tikaf. Sementara itu pasukan Israel di sekitar Kota Tua Jerusalem yang terdapat pos pemeriksaan telah menutup jalan-jalan utama.

Tanah pekarangan masjid telah tertutup dengan jamaah sejak siang hari. Direktor Waqf, Syekh Azzam Al Khatib, mengatakan bahawa mereka menyediakan makanan bagi 150,000 orang yang berpuasa di bulan Ramadan ini.

Sejumlah tenaga sukarelawan dari Persatuan Pekerja Bantuan Arab dikerahkan untuk menangani jamaah yang pengsan dan kelelahan akibat perjalanan berjam-jam yang penuh tekanan, panas, dan bersesakan.

Imam masjid menyampaikan ayat-ayat Al Qur’an dan kemudian mengeluarkan seruan untuk menyelamatkan Masjid Al Aqsa dari penggalian Israel dan permukiman Yahudi. Tidak ketinggalan syeikh imam juga menambahkan doa-doa agar sekatan terhadap warga Gaza segera berakhir, tanah Palestin segera dibebaskan, serta kesatuan rakyat Palestin terbina utuh.

Sementara orang-orang beri’tikaf, pertarungan tidak seimbang antara pemuda Palestin dengan tentara Israel ikut mewarnai malam-malam terakhir Ramadhan. Di berhampiran Kem Pelarian Shu’afat pemuda melemparkan batu ke arah pasukan Israel yang menembakkan gas dan karet berlapis peluru baja. Hal serupa juga terjadi di pos pemeriksaan Qalandiya yang menyekat Ramallah di utara Jerusalem. (mirzah/pnn)

-tkodaily.net-

Tiada ulasan: