"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO/BN Bina Masjid 611 buah Untuk Kroni

mohdnoorawang
UMNO memang tak benci Islam. Hanya perlakuan pemimpin Umno sahaja memutar belit tentang Islam yang sebenar. Umno tidak salah kerana dasarnya memang dasar sekular.

Cuba anda bayangkan dalam tahun 2000 hingga 2008 umno tealah membina masjid sebanyak RM748 JUTA. Dalam setahun Umno bina masjid 76 buah masjid di bumi Malaysia. Yang menjadi kesilapannya ialah ulama dalam umno atau orang yang ada ilmu Islam menjadi syaitan bisu, demi pangkat dan wang.

Dalam masa yang sama masjid yang dibina hampir 95% diagihkan kepada kroni dan kontraktor yang menjadi talian hayat untuk umno semasa pilihanraya. Kebanyakannya hadiah kontark yang diberi oleh kerajaan Umno/BN kepada pemborong. Ada yang runding terus dan ada yang tender secara terpilih dan ada yang pakai "kabel" untuk mendapatkan kontrak tersebut. Jawapannya 95% pemgampu yang beroleh kontrak. Bina masjid pun umno mempersendakan.

Contuh sebuah masjid yang dinamakan "Masjid Hadari" masih dalam pembinaan dikatakan berharga RM100 Juta. Namun kos sebenar dalam kajian JKR. Masjid ini dibina zaman Dato' Idris Jusoh menjadi menteri besar Terengganu. Masjid hadari ini dibina bandar Jerteh, Besut Terengganu.

Adakah pembinaan masjid oleh pemerintah UMNO yang korup melambangkan kesucian dan keikhlasan pemimpin Umno?. Rata-rata pemberian tender membina masjid tidak telus dan penuh dengan seribu persoalan.

Sebab itu kita lihat masjid indah tersegam, ada yang bocor, malah mutu amat sukar diberi gred A. Namun fungsi masjid tidak menepati ciri-ciri sebuah masjid yang dibina oleh nabi Muhammad SAW.

Masjid dibina hanya untuk retorik politik dan politik perut pemimpin Umno serta pehak yang membina. Terengganu zaman Dato' Idris Jusoh zamam yang gemilang dalam pembinaan masjid. Disini amat jelas bina masjid hanya ada kepentingan politk dan wang. fikir-fikirlah ......

Dalam masa yang sama Umno/BN hanya mengeluarkan peruntukkan membina gereja atau kuil untuk orang bukan Islam hanya RM9 Juta sepanjang tahun 2003 hingga 2008. Cuba teka kenapa?...

Tiada ulasan: