Assalamu alaikum...
Internet menurut wordnetweb.princeton.edu adalah:
A computer network consisting of a worldwide network of computer networks that use the TCP/IP network protocols to facilitate data transmission and exchange
Seingat saya,kerajaan malaysia mula memperkenalkan broadband ini pada akhir 90an.Mari kita kita lihat perbandingan harga dan kelajuan internet di Malaysia dan Singapura..
Saya mulakan dengan Malaysia..
TMNET...
Sumber:Klik di sini
Kemudian kita lihat pula di Singapura:
Ini adalah pakej singnet...Laju tak??
Sumber:klik di sini
Kemudian kita lihat pulak satu lagi pakej dari singapura.Yang ni lagi la best...100mbps!!..
Sumber:klik di sini
Jom kita buat perbandingan
a) Harga streamyx 4 Mbps adalah RM 268(110 Singapore Dollar)
b)Harga Singtel 6 Mbps adalah SGD 46.90(RM113)
Silalah periksa harga tukaran wang asing ini di http://www.xe.com/
Bayangkanlah betapa jauhnya Malaysia ditinggalkan oleh Singapura dari segi harga dan kelajuan internet.Mengapa kita begitu ketinggalan sekarang sedangkan pada tahun 1999 kelajuan internet kita dengan Singapura sama sahaja...
Saya berani jamin,kalau internet di malaysia minimun di setiap rumah adalah 10 Mbps.Astro akan mengalami kemerosotan langganan yang begitu ketara. Banyak orang langgan Astro sebab nak tengok Epl ja sebenarnya....hehe
Janganlah kita ungkit-ungkit pulak kalau saya dah bandingkan macam ni,kata minyak negara kita murah,gula negara kita murah,dan lain-lain.Kita harus terima,kerajaan Malaysia harus berbuat sesuatu biar negara Malaysia yang tercinta ini tidak terus ketinggalan.
Jangan lupa.Kemasukkan pelabur asing banyak dipengaruhi oleh kelajuan internet juga!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan