Ketua UMNO Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dirompak malam tadi. Dipercayai oleh pendatang asing. Jumlah kerugian sebanyak RM400ribu. Nampaknya sudah semakin ramai pemimpin UMNO merasa secara peribadi
kesan hasil dasar mengimport pendatang asing. Selepas ini sudah pasti akan ada satu cadangan supaya bilangan pendatang asing dikaji semula. Padahal sudah berbagai media melaporkan jumlah pendatang asing yang berada di negara kita sangat membimbangkan.
Di percayai sekarang jumlah pendatang asing yang mempunyai permit sudah hampir kepada tiga juta. Ramai mereka datang dengan secara sah tetapi akhirnya berada dalam tempoh lebih masa dan tidak pulang walaupun permit sudah tamat. Lebih kurang 40 peratus nisbah dari keseluruhannya cenderung untuk kekal berada di Malaysia dan tidak pulang. Maknanya 400ribu dari setiap sejuta tidak akan pulang atau datang secara tidak sah. Bayangkan jika jumlah pendatang asing secara sah datang sebanyak 3 juta orang, bermakna akan menghasilkan 1juta 200ribu orang akan berada secara tidak sah.
Kadar indeks jenayah pula meningkat sebanyak 600 peratus jika diperhatikan kadar pendatang asing yang dipenjarakan tahun lepas sebanyak 10ribu sepanjang tahun 2009 berbanding 11ribu hanya dua bulan pertama tahun ini (2010).
Selain itu sesuatu yang paling menggerunkan bila adanya pemberian Kad pengenalan sah kepada warga asing yang hebat berlaku di Sabah, dipercayai mendapat 'lampu hijau' pihak atasan atas dasar kepentingan politik terdesak pihak yang ingin mengekalkan pemerintahan negara.Ternyata negara kita memang ditadbir oleh orang yang sanggup menggadai negara demi untuk mengekalkan kuasa.
Bayangkan jika mereka semua pendatang asing yang berjumlah 3juta orang ini adalah tentera luar yang menyamar dan ingin menawan Malaysia, nescaya dengan nisbah rakyat Malaysia yang hanya berjumlah 26juta, sangatlah mudah mereka untuk mengambilalih negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan