"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjelasan Guan Eng di Pokok Sena malam ini

Ismail Hashim
POKOK SENA, 25 Feb:
Rakyat Kedah akan mendapat penjelasan sebenar tentang perkembangan politik mutakhir Negeri Pulau Pinang apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan pada Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena malam ini.

Setiausaha kawasan, Saudara Ahmad Zuhairi Zubit berkata, ketua menteri yang tabah menghadapi berbagai asakan dari berbagai sudut sekarang ini akan disertai sama oleh Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sendiri selaku YDP PAS Kawasan Pokok Sena.

Ahmad Zuhairi berkata, pada hari Jumaat 26 Februari pula, acara bermula pada jam 9 pagi dengan Ceramah Kesihatan Muslimat, 2.30 petang (Aktiviti Muslimat), 4.45 petang (Pertandingan Ceramah dan Qari Pemuda, 7.30 malam (Program Tahlil) dan jam 9 malam dengan Forum Maulidur Rasul yang panelisnya terdiri Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zalilah Yusuf.

Katanya, pada Sabtu 27 Februari juga bermula dari jam 9 pagi dengan Sukan PASTI, 3 petang (Hi-Tea Bersama Guru PASTI), 5 petang (Persembahan Kebudayaan, Seni Silat dan Tomoi serta Persembahan artis Pak Long, 7.30 malam (Program Tahlil) dan 9 malam diisi dengan Ceramah Perdana oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli.

Manakala pada Ahad 28 Februari pula, tambahnya, jam 9 pagi dengan Pertandingan Sukan Rakyat, Street Soccer, Sepak Raga Bulat dan lain-lain, 7.30 malam (Program Tahlil) dan acara akhir bermula jam 9 malam dengan Ceramah Perdana oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Zuhairi berharap rakyat Negeri Kedah amnya akan mengambil kesempatan terbaik ini bagi menyemarakkan lagi suasana Kedah Sejahtera yang menjadi tunjang kekuatan kepada angin perubahan rakyat ke arah menyokong Pakatan Rakyat khususnya di Parlimen Pokok Sena.

Tiada ulasan: