"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Arahan Pihak Ketiga': Keluhannya mungkin sudah ter'lewat'

Al-Brangi
"Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima aduan berhubung campurtangan 'pihak ketiga dalam pasukan Polis Diraja Malaysia' seperti yang didakwa oleh ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan," kata menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Penyiasatan yang teliti harus dilakukan segera. Hal keselamatan dan ketenteraman negara tidak boleh dipandang enteng.

Mana mungkin arahan boleh datang dari pihak ketiga. Suruhanjaya diRaja ada kewajaran ditubuhkan.

Arahan pihak ketiga tidak mungkin datang dari pegawai rendah dalam PDRM. Jika arahan itu datang dari orang politik, amat mustahil ia datang dari peringkat Setiusaha Parlimen.

Saya berkeyakinan ia juga tidak mungkin datang dari peringkat Timbalan Menteri. Amat tidak elok rakyat berteka-teki siapa dia pihak 'ketiga' yang memberi arahan.

Tapi yang pastinya arahan itu tidak mungkin datang daripada pihak pembangkang.

Keluhan KPN mungkin sudah agak lewat, beliau sepatutnya mendedahkan awal-awal lagi, bukan setelah dekat dengan tempoh tamat perkhidmatannya.

Beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang dia betul-betul yakin arahan itu datang dari mana. Tidak mungkin beliau hanya beragak-agak atau meneka-neka sahaja.

Perkara ini amat penting kerana ia melibatkan integriti PDRM.

Tiada ulasan: