Abdullah Ngah
Sudah lama saya bercaka pasal sijil halal yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dan jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pertanggungjawabkan.
Sama sedar ada tidak sesungguhnya fungsi sijil halal yang bertujuan mengketagorikan benda benda halal, terutama sekali berkaitan dengan makanan dan minum.
Saya tidak mahu sentuh pasal sijil halal palsu yang menjadi kontroversi sejak dahulu hingga kini kerana jelas dan nyata suatu kesilapan yang besar pernah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Mengapa saya kata begitu? Mengapa tidak? Kerana makanan dan minuman ada yang halal dan ada yang haram. Kalau ada makanan halal dan ada makanan yang haram mengapa sijil halal sahaja yang dikeluarkan.
Sepatutnya sijil haram juga harus dikeluarkan oleh pihak kerajaan, kerana banyak benda yang haram yang tersirat disamping yang tersurat macam daging babi dan arak.
Bagaimana kalau daging babi dimasukan dalam tin dan arak yang dimasukan dalam kopi O sepertimana yang didapat dikesan berlaku di restoran kopitiam dahulu dan sekarang.
Bagaimana pula jika arak diamasukan dalam "sirap" yang pernah menjadi isu di negeri Melaka awal tahun 70an dahulu dalam majlis kenduri kahwin.
CAP pernah mengkategorikan prudak haram dan halal, tapi malangnya tiada sijil haram dilabelkan. Yang peliknya sijil halal dilabelkan. Apakah produk yang ada label sijil halal itu benar benar halal dari segi Islam?
Oleh itu Nampak dengan jelas dan nyata JAKIM cuba menghalalkan yang haram sepertimana kes terbaru iaitu suatu usaha untuk member sijil halal kepada restoran kopitiam dan hotel hotel di Negara ini.
Apabila hotel hotel dan restoram kopitiam mendapat sijil halal maka operasi nya halal dan berduyung duyunglah peminat mengunjuginya dan memakan dan meminum produk yang bercampur halal dan haram.
Usaha ini membuat orang Islam tidak ragu ragu lagi untuk memakan dan meminum produk yang dihidangkan. Wal hal adanya sirap yang dimasukan arak dan kopi O yang dimasukkan arak.
Inilah fungsi sijil halal yang tidak disertai sijil haram.Ini juga suatu kesilapan yang sangat besar dalam menguatkuasakan sijil halal oleh JAKIM sejak lama dahulu. Apa tah lagi apabila dilaksanakan oleh badan khusus.
Tidak terfikirkah oleh kita, mana ada orang bukan Islam boleh mematuhi dan melaksanakan syariat halal haram.Orang Islam sendiri pun kadang kadang ada yang melanggar sempadan halal dan haram kerana begitu rakus dalam perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan