"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika Ikhlas Pertahan Agama, UMNO BN Digesa Sertai Himpunan 1 Juta Ummah

Pemimpin dan penyokong UMNO Barisan Nasional yang ikhlas mempertahankan kemuliaan agama Islam digesa menyertai perhimpunan Sejuta Ummah dihadapan Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata jika mereka enggan atau tidak berminat membantah penghinaan itu, mereka secara tidak langsung membuktikan, laungan lantang mereka memperjuangkan agama sekadar retorik semata- mata.

"Isu ini melangkaui politik, isu ini isu agama. Jika mereka tidak sanggup, saya anggap suara mereka selama ini adalah retorik semata- mata," katanya.

"Jika sekiranya mereka ikhlas selama ini dalam mempertahankan kalimah Allah, sewajarnya mereka turun bersama melahirkan bantahan dan rasa tidak setuju dengan penghinaan ini," tambahnya lagi.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.

Nasruddin menambah, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.

Perhimpunan gergasi itu bakal diadakan selepas solat Jumaat.
-tvselangor-

Tiada ulasan: