Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar yang boleh menggoyah iman untuk berbuat demikian.
Menurut Zulklifi, beliau ditugaskan untuk mendapatkan pengakuan bersumpah daripada 'pihak ketiga' bagi mengaitkan perdana menteri dan isterinya.
Beliau ketika itu adalah peguambela bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, seorang daripada tiga tertuduh dalam kes berkenaan, sebelum menarik diri.
Bagaimanapun, Zulklifi berkata dia dilindungi Allah daripada terbabit dalam fitnah itu dan menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan