Ku li pernah bertanding untuk menjadi pimpinan utama umno. Namun tewas tipis di tangan Mahathir. Dan mungkinkah Ku li akan kembali bertanding pimpinan utama umno untuk memimpin umno yang menghadapi masalah perpaduan melayu disamping masalah umno barisan nasional mengemudikan ekonomi negara yang terus mengalami keadaan ekonomi yang lesu lagi jauh dari kemewahan yang melimpah ruah seperti satu masa dulu. Kepakaran lagi keahlian Ku li dalam hal ehwal ekonomi negara memang tidak ada siapa dapat menafikannya. Ketokohan beliau dalam tendang terajang politik juga sememangnya dihormati lawan dan kawan. Maka memang sesuai sekali dalam keadaan semasa yang sebegini Ku li kembali aktif dan memberi buah fikiran beliau terutama dalam dua perkara iaitu perpaduan melayu dan mengembalikan kerancakan ekonomi negara.
Pimpinan pas seperti TG Nik Aziz sendiri jelas menunjukkan kemesraan beliau terhadap Ku li yang cuba membantu pas untuk mendapatkan royalti petrolium daripada kerajaan Malaysia. TG Nik Aziz tidak bersikap menentang seperti usaha kerajaan perpaduan yang timbul tidak lama dulu. Rasanya kemesraan ini mungkin boleh membawa kepada "kemesraan" pas dan umno sekiranya umno dipimpin oleh Ku li. Namun begitu sama-samalah kita lihat perkembangan seterusnya samada perkara ini akan berlaku atau hanya sama seperti sembang-sembang politikyang lain juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan