"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen esok

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Mac:
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Nazri diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Menteri untuk membuat penjelasan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mohamed Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

Beliau menggunakan hujah Akta Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 yang sebenarnya telah dimansuhkan.

Tiada ulasan: