"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PDRM, Hishammuddin retak?

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Mac:
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pagi tadi menganggap kenyataan 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi penguatkuasaan polis sebagai mencerminkan keretakan yang genting antara pegawai peringkat tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Justeru, tahap kebebasan PDRM terus dipersoal apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa terdapatnya 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi badan penguatkuasaan tersebut.

Kit Siang juga tidak menolak kemungkinan bahawa keretakan tersebut membabitkan lebih banyak lagi ahli-ahli politik tanah air serta kumpulan kongsi gelap tertentu.

Sekiranya kemungkinan itu tidak salah, beliau yang juga Penasihat DAP berkata, tidak mustahil individu seperti Datuk Ramli Yusoff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang pernah dibabitkan dengan beberapa kes rasuah dan penyelewengan kuasa boleh dilantik menjadi Ketua Polis Negara kelak.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penjelasan semula kerajaan tentang keretakan yang membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa pegawai atasan PDRM.

Beliau turut mempersoal keikhlasan Hishamuddin dan Musa kerana dilihat bias dalam memelihara kepentingan keselamatan negara.

Turut menyertai Kit Siang dan Loke di lobi Parlimen ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Adun Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tiada ulasan: