"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR Kutuk Ancaman Terhadap China Press

Parti Keadilan Rakyat mengutuk tindakan Kementerian Dalam Negeri kerana mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar China Press berhubung laporan Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Ketua Penerangan PKR Selangor Datik Paduka Tan Yee Kiew berkata kerajaan mengamalkan dasar berat-sebelah bilamasa ia membabitkan Musa Hassan walhal Utusan Malaysia yang memainkan sentimen perkauman dan agama dibiarkan bermaharajalela.

"Sekiranya terdapat kesilapan dari segi fakta berita, kementerian sewajarnya mengeluarkan kenyataan media untuk menerangkan perkara itu, dan bukannya meminta China Press untuk memberi penjelasan kepadanya," tegas Tan.

Beliau menjelaskan taktik mengawal kebebasan media bukan satu perkara baru dalam sejarah pentadbiran Barisan Nasional, terutamanya bagi menutup kepincangan pemimpin BN dan proksi mereka.

"Tindakan autokratik ini jelas bertujuan untuk memberi amaran kepada media arus perdana lain agar mematuhi segala arahan pihak pemerintah. Sementara itu akhbar Utusan Malaysia terus dibiarkan untuk memainkan isu perkauman dan agama, serta memutarbelitkan fakta dan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat," tambah beliau.
-tvselangor-

Tiada ulasan: