Mac 23, 10: Pakatan Rakyat Selangor akan membawa usul khas bagi mengecam tindakan Kumpulan Utusan dan penulis kolumnya Awang Selamat kerana didakwa “biadap” terhadap institusi raja di negeri itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama di Shah Alam hari ini, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, tulisan Awang Selamat itu “mempertikaikan” keputusan Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran baginda ke mesyuarat agung pertama PERKASA hujung minggu ini.
“Kami akan membentangkan usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan bersidang pada 12 April ini bagi mengecam tindakan Awang Selamat dan Kumpulan Utusan,” kata ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah beberapa lagi ADUN Pakatan - termasuk daripada PAS dan PKR.
Kelmarin, menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Awang Selamat antaranya turut mempersoalkan “di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya-raya ketika raja-raja Melayu dicabar”.
Dalam tulisan berjudul 'Perkasa, Ibrahim dan kedudukan Melayu' itu, penulis berkenaan juga memuji kelantangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan paling lantang mempertahankan kedaulatan institusi tersebut.

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan