Secara sinis, Gobind mempelawa Nazri untuk menyertai Inkues Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock supaya berpeluang untuk membuktikan tuduhannya terhadap pakar patalogi itu
Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Gobind secara tegas menyifatkan tuduhan Nazri itu sebagai perkara serius dan tidak wajar dibuat sewenang-wenangnya.
Pada siang media sama, Kit Siang pula mencadangkan kerajaan Umno Barisan Nasional mengdakan mesyuarat Kabinet tergembar, selain memberi jaminan keselamatan kepada pakar patalogi itu.
Semalam, Dr Ponrthip membatalkan hasratnya untuk memberi keterangan kepada inkues berikutan menerima tekanan politik dari kerajaan Malaysia yang menghantar isyarat supaya tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, Nazri ketika mengulas kenyataan Dr Porntip itu melabel pakar patologi itu selalu berbohong walaupun menteri berkenaan tiada memiliki sebarang bukti bagi menyokong tuduahnnya.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan