Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.
"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.
Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).
Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.
Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Anwar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka.
Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.
"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi perdana menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis.
"Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan