Apa lagi alasannya. "Permainan politik" bagi menarik simpati kaki judi dan taukeh judi agaknya. Pemimpin Umno sehingga kini tiada yang bising untuk menentang jdui sukan ini. Tokoh dan menteri agama mereka juga diam seribu bahasa. Ustaz-ustaz Kemas, aktivis kampung dan bandar pro Umno yang berjenama agama juga terkunci mulut.
Semua Mufti mengelak untuk mengulas. Begitu juga bos-bos agama di Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam matikan diri. Buat pekak badak, butakan mata, kancingkan mulut. Tidakkah mereka malu dengan keputusan DAP yang kuasai Pulau Pinang itu mengharamkan judi? Sedangkan mereka makan gaji wang rakyat, solat setiap hari, tak geleng kepala untuk lawan judi yang diluluskan Najib itu..
"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini. Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan Persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian. "Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan, tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.
Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama. Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.
Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak. Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.
-detikdaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan