"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Faktor Anwar saja tidak cukup...

'Faktor Anwar Ibrahim' sahaja tidak cukup dalam menarik sokongan daripada golongan muda, kata seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR di Kota Bharu hari ini.

Farah Afzan Faridi yang membahaskan usul bertemakan Kepemimpinan Muda berkata golongan pengundi baru ini tidak mengetahui mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"(Perlu kaji) Pengundi saluran 4, 5 dan 6 ini adakah mereka mengalami peristiwa 98 (pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri)?"

"Kita tidak boleh anggap kekuatan kita adalah Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sahaja," katanya

Farah Afzan juga menjelaskan, parti itu perlu mengetengahkan idea baru supaya dapat terus menjana "sumber kekuatan parti" itu.

"Kita perlu cipta idea baru untuk uruskan mereka kerana kecenderungan mereka berbeza.

"Mereka lebih terkini dengan AF (Akademi Fantasia), Mentor, tapi tidak terkini dengan politik Malaysia," katanya lagi.

Tambahnya, "konspirasi kedua" tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum PKR itu juga digunakan oleh BN bagi mengeksploitasi keadaan tersebut.

Beliau seterusnya menuntut supaya parti itu segera menubuhkan program Universiti Politik Muda di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi membentuk pelapis kepemimpinan.

"Kalau BN boleh buat program BTN, kenapa kerajaan Selangor tidak boleh buat program untuk dedahkan proses demokrasi?" soalnya.

Pandangan ini disambut oleh seorang wakil AMK yang menyuarakan kebimbangan dengan tanggapan orang muda sebagai 'simpanan tetap' Pakatan.

Dalam ucapannya selepas itu, Amir Sari berkata perubahan patut dijalankan bagi mengelakkan undi golongan muda "tidak dicuri oleh Umno."

Tambahnya, pembaharuan perlu dicerminkan melalui perwakilan golongan muda dalam parti.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: