"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JUDI: Merapatkan lagi PAS-DAP

tokpepijat
Dulu setiap kali PAS dapat menjadi kerajaan negeri selepas pilihanraya umum, maka berkunjunglah pimpinan tertinggi DAP mengunjungi MB baru Kerajaan PAS.

Oktober 1990, Lim Kit Siang bersama rombongannya mengunjungi MB Kelantan TG Nik Aziz di Kota DarulNaim. Perkara yang sama juga dilakukan pada November 1999 di Wisma DarulIman untuk kunjungan hormat berjumpa MB Terengganu TG Haji Hadi.

Umum melihat motif kunjungan pimpinan DAP adalah membawa mesej kebimbangan 3 perkara dari penduduk bukan Islam. Tiga perkara itu ialah
Babi, Arak dan Judi.

Bagi DAP yang mewakili perasaan kebimbanganbukan Islam, jika PAS berkuasa 3 benda tentunya akan diharamkan. Barangkali itulah
"ajaran sesat lagi menyesatkan" yang dipelajari dari UMNO.

Kini, masa dan keadaan telah berubah. Dan pemikiran DAP juga telah berubah.

PAS telah menguasai Kelantan masuk tahun ke 20. Orang bukan Islam boleh makan daging babi
"bertan-tan" dan togok arak hingga "pecah perut". Tiada larangan. Bebas.

Cumanya judi sahaja diharamkan. Ini kerana ia memberi mudarat semua orang. Satu bentuk penipuan. Ramai keluarga merana dan sengsara akibat judi. Penyakit sosial bertambah akibat judi. Akibatnya semua rakyat Malaysia menanggung bahana akibat lesen yang diberikan oleh UMNO.

Inilah yang memberi
"keinsafan" kepada DAP. Walaupun DAP sebuah parti sekular, tetapi pemikiran dan perjuangannya juga melihat nilai moral dan kemanusiaan sebagai perkara yang perlu diutamakan.

Apabila DAP menyatakan bantahan terhadap lesen judi bola, ini suatu yang
"amat memeranjatkan" UMNO. UMNO terkejut "beruk"!

Bagi UMNO, tentunya DAP bersama mereka dalam isu judi kerana bagi UMNO judi adalah budaya orang Cina. Lebih
"menyayatkan hati"UMNO, MCA juga senada dengan PAS dan DAP.
Dengan isu judi ini, terserlah lagi kemunafikan UMNO dalam Islam.

Cuba bayangkan di tangan kanan PM Najib memegang tasbih manakala tangan kirinya pula meluluskan lesen judi!

Barangkali setiap kali rakyat Malaysia melihat wajah Najib, mereka terbayangkan dan mengingatkan kepada dua perkara iaitu Mongolia dan kini judi pula.

Bagi PAS, kebersamaan DAP dalam isu judi adalah suatu yang menarik dan sebagai titik mula dakwah. Pimpinan dan jentera PAS perlu lipat ganda penerangan tentang keburukan segala judi kepada DAP. Bukan sekadar judi bola.

PAS perlu menerangkan bahawa segala judi hendaklah diharamkan di bumi Malaysia. Judi adalah satu simbol penipuan dan penyakit masyarakat.

Apapun, yang pasti kata-kata TG Nik Aziz mempunyai maksud tersirat tentang DAP, "Di dada Karpal ada bulan........! Sama-sama kita renungi.

http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan: