Berita Harian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).
Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.Kalau sebelum ni didedahkan Mufti Perak ni jadi Penasihat Syariah kepada Amanah Raya Berhad yang ada saham di syarikat judi Magnum Corporation kali ni pun pasai dia jadi panel syariah jugak. Dia ni memang jenih 'pantang lalu aku sapu'.
Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.
“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam. - BHarian
Ataupun mungkin jugak Mufti ni pun tertipu sama macam 4.763 pelanur Brunai tu. Kalau dia pun tertipu aku rasa itu mungkin kafarah atau balasan pasai mungkin dia pun ada tipu orang atau tipu adik beradik dia.
Kalau cerita kat orang Umno yang terlalu sayangkan Umno dan sayangkan Sultan Perak yang katanya sayang kat Mufti ni, aku yakin depa tak percaya. Aku sendiri pun kalau boleh tak mau percaya. Takkan seorang mufti yang tentunya cukup arif pasai harta pesaka sanggup buat macam tu.
Tapi bila adik-beradik mufti ni sendiri cerita pasai perangai dan kerja buat mufti ni payah untuk aku tak percaya. Lagi pun bukan dia sorang ja yang cerita, ramai adik beradik dia yang lain pun tumpang cerita.
Katanya, la ni sampai tahap dia ni dah jarang balik kampung jumpa adik beradik. Kalau ada kenduri kendara pun jarang sangat nampak muka.
http://cenangau.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan