"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ISU PASIR: Pak Lah Tak Setuju dengan Muhyiddin dan Najib!

dewa
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa isu pasir di Selangor hanyalah urusan Kerajaan Negeri maka Kerajaan Pusat takkan bekerjasama atau menghalang aktiviti tersebut.

Pak Lah turut merujuk kepada ayat-ayat Quran. Keratan akhbar disertakan:

1. UMNO TAKKAN HALANG ISU PENYELUDUPAN PASIR DAN TAKKAN BEKERJASAMA! :-

Khamis Julai 15, 2010

Isu Pasir: Selangor Harus Selesai Sendiri - TPM

JELI: Kerajaan negeri Selangor seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menangani isu perlombongan pasir di negeri itu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka dan bukan meminta kerajaan pusat menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa dalam bidang melibatkan tanah dan air.

"Ia masalah negeri yang sepatutnya diselesaikan oleh Menteri Besar Selangor. Saya tidak mahu hendak ambil tugas Menteri Besar.

"Isu pasir itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan pusat," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini, Khamis.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin bagi meminta kerjasama kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikannya. Muhyiddin berkata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan langkah yang sesuai dalam menangani isu itu kerana negeri itu mempunyai agensi mereka tersendiri."

Sikap bongkak dan angkuh UMNO yang tidak mahu bekerjasama menyelesaikan isu pasir ini cukup memalukan. Sekiranya ada aktiviti haram, menjadi tugas polis dan kerajaan untuk berganding bahu menyelesaikan.

Contohnya berlaku kes rogol di Kelantan. Kenyataan Muhyiddin Yassin samalah dengan mengatakan bahawa kes rogol itu tiada kena mengena dengan kerajaan pusat langsung. Kalau nak kira begitu, kita semua tak payahlah bayar cukai pada kerajaan pusat? Jahill sungguh UMN nih.

2. Pak Lah: Kena selesaikan isu pasir bersama.

Abdullah gesa pihak berkuasa selesai segera isu pasir

2010/07/27

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini meluahkan rasa kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan isu perlombongan pasir di Selangor.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak berkuasa yang berkenaan sewajarnya bertindak dan mengambil langkah perlu bagi menyelesaikan segera isu berkenaan.

"Pihak penguatkuasa patut menghentikannya. Terdapat banyak lori yang diletak sepanjang tepi jalan dan mereka (pihak penguatkuasa) boleh memberhentikan lori-lori ini dan bertanya kepada mereka di mana mereka ambil pasir.

"Daripada situ mereka boleh tahu dan ambil tindakan sewajarnya," katanya semasa menyampaikan ucaptama di seminar mengenai alam sekitar di sini.

Abdullah merujuk kepada aktiviti perlombongan pasir di Selangor yang kini menjadi kontroversi dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan berkenaan alam sekitar kerana kegiatan menggali yang tidak terkawal boleh menjejaskan alam sekitar.

Abdullah juga meluahkan kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar di negara ini khususnya yang disebabkan aktiviti pembalakan dan pencemaran sungai kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat.

"Terdapat terlalu banyak kegiatan pembalakan dan di sesetengah kawasan sekarang sudah tidak ada pokok. Kebanyakan sungai kita juga sudah menjadi sungai mati, airnya tidak boleh digunakan lagi dan ini menyebabkan kita hilang sumber air," katanya.
Justeru, Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata usaha melindungi alam sekitar harus menjadi tanggungjawab semua orang yang tinggal di negara ini.

Dalam ucapannya itu bekas Perdana Menteri juga berkata perkara berkenaan dinyatakan dengan jelas di dalam kitab suci al-Quran.

"Allah mengingatkan manusia supaya bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kelestarian hidupan lain di dunia ini. Terdapat banyak surah dalam al-Quran yang boleh dirujuk berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata di dalam Islam, penggunaan sumber asli adalah hak semua orang dan spesies.

"Justeru, kita sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan hak dan kepentingan pihak lain tidak terjejas kerana mereka juga adalah rakan kongsi kita di dunia ini," katanya. - BERNAMA

Semuga Allah selamatkan kita semua dari tipu muslihat musuh-musuh Islam dan golongan munafiq, samada dari golongan munafiq sedar atau munafiq yang tak sedar mereka munafiq.

Wassalam

p/s: mungkinkah ada kroni MUhyiddin atau Najib sedang membuat duit dalam isu pasir ini? adakah itu punca enggan bertindak dan bekerjasama? Allah lebih mengetahui

Tiada ulasan: