"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Edisi terbaru Suara Keadilan terbit tanpa permit

Edisi terbaru akhbar PKR, Suara Keadilan telahpun diterbitkan, walau diancam akan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan permitnya yang belum diperbaharui.

Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali berkata, beliau telahpun melihat edisi baru tabloid mingguan itu.

Menulis dalam Twitter malam tadi, Syed Husin juga berkata beliau mahu melihat apakah tindakan KDN selepas ini, atas kedegilan PKR menerbitkan akhbar tersebut.

"(Suara) Keadilan terbit petang tadi (semalam). Sudah diedar ke semua negeri melainkan Sabah Sarawak," tulisnya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini mengancam untuk mengambil tindakan ke atas akhbar itu sekiranya ia tetap diterbitkan tanpa permit.

Suara Keadilan juga sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda)berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap."

Tiada ulasan: