"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy Jamaluddin, Askar Wataniah dan Seluar Dalam..

dewa
Akhbar pada 1 Jun 2010 dulu melaporkan bahawa KJ diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM100 juta kepada Anwar Ibrahim selepas permohonan dan rayuan KJ untuk mengetepikan penghakiman kes saman malunya gagal. Pendek kata, mahkamah arahkan KJ bayar Anwar Ibrahim RM100 juta kerana telah memfitnah beliau.

Apa cerita kau KJ? Dah nak masuk bulan Ogos nih, dah bayar ke? Artikel akhbar dan ulasan tentang cara-cara menarik untuk KJ membayarnya disertakan:-

Mahkamah tolak penghakiman ingkar Khairy

01 June 2010 11:17am

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin gagal untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi berhubung kes saman malu bernilai RM100 juta yang dikemukakan terhadap Ketua Pemuda Umno itu.

Peguam Anwar, S N Nair ketika dihubungi berkata, Penolong Kanan Pendaftar Nazri Yahya menolak permohonan Khairy itu dengan kos.

Anwar turut diwakili peguam Wan Anwar Shadat, manakala Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Bukhari mewakili Khairy.

Pada 4 Disember 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar untuk membenarkan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal memasukkan kehadiran di mahkamah selepas writ saman fitnah itu diserahkan kepadanya.

Bagaimanapun, pada 20 Februari 2009, Khairy memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah permohonan ingkar berkenaan.

Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com, bertajuk ‘Anwar and kin no threat’.

Anwar mendakwa klip video di laman web Malaysiakini.com itu mengandungi perkataan fitnah diucapkan Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai, pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Beliau berkata, perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud yang beliau (Anwar) terbabit dalam aktiviti bercanggah dengan Islam, tidak mempunyai karektor baik dan tidak layak memegang sebarang jawatan politik atau kedudukan lain.

Anwar menuntut bayaran RM 100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. end"

PERSOALANNYA DI SINI, macam mana KJ nak cari RM 100 juta untuk bayar Anwar Ibrahim sekiranya mahkamah menolak kesemua rayuan-rayuan lain yang mungkin dibuatnya kelak?

Nak pinjam dari member, susah jugak nak pinjam sampai RM 100 juta. Nak mintak dekat Najib, hubungan mereka taklah baik mana.

Nampaknya, KJ perlu melelong semua asetnya, termasuk seluar dalamnya. Mungkin dengan cara itu wang yang diperolehinya akan cukup.

Yang dikhuatiri ialah yang dijual bukan seluar dalam, tapi enjin jet pejuang. Maklumlah, baru hari itu KJ masuk tentera wataniah. Manalah tahu ada udang disebalik batu..

Sarjan-sarjan janganlah marah sangat. Penulis bergurau saja. Penulis pun askar wataniah juga sekalipun jarang hadir latihan, kui kui.

Harapnya janganlah KJ jual enjin, senjata atau mana-man maklumat sulit kepada negara asing pulakk..

Pinjam aje dari member di tingkat 4..

Wassalam.

Tiada ulasan: