"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dato Ramli IGP kalau PR perintah........

notan
Assalamualaikum,,..
Mahkamah telah membebaskan Dato Ramli dari tuduhan rasuah dan pembebasan ini cukup bermakna kerana ianya berlaku pada bulan Ramadan yang penuh dengan berkat.Pembebasan ini juga mengandungi beberapa pengertian yang antara lain ialah kedudukan Dato Ramli di hiraki PDRM.Dato Ramli sepatutnya IGP sekiranya beliau tidak didakwa di mahkamah, dan Musa Hassan sepatutnya digantung kerja sekiranya SPRM mengambil keputusan mendakwa beliau di mahkamah atas tuduhan yang lebih berat dari tuduah yang dikenakan kepada Dato Ramli.Maknanya,

Dato Ramli dinafikan hak untuk menjadi IGP dengan tuduhan yang tidak dapat dibuktikan oleh SPRM dan orang yang sepatutnya menerima penggantungan kerja diberi jawatan IGP kerana SPRM tidak mahu mendakwanya.

Kes Dato Ramli menyerlahkan atau melondehkan terus kepincangan yang cukup serius dalam SPRM.Kegemaran SPRM membuat pendakwaan terpilih akhirnya memakan diri apabila pendakwaan ke atas Dato Ramli tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan bukti bukti yang cuba direka oleh SPRM sendiri.

SPRM yang sepatutnya boleh mendakwa berpuluh puluh lagi pegawai PDRM dengan bukti yang mencukupi untuk mensabitkan kesalahan keatas mereka termasuk IGP dan bekas IGP tetapi memilih untuk mendakwa Dato Ramli, antara beberapa orang pegawai PDRM yang bersih.SPRM sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi berfungsi sebagai badan yang boleh dipercayai untuk membenteras rasuah dan penyelewengan, SPRM tidak lebih dari kuda tunggangan UMNO.

Tetapi bagaimana kedudukan Dato Ramli setelah dibebaskan mahkamah?Apakah PDRM akan memberikan semula hak beliau?Dipercayai masih ada pegawai yang masih tidak selesa dengan kehadiran Dato Ramli(termasuk IGP Musa mungkin) dan yang terlebih penting masih ada pemimpin politik(UMNO) yang masih merasa bahan kepanasan pendedahan Dato Ramli dulu, jadi apakah mereka mereka ini akan memberi laluan kepada Dato Ramli untuk mendapatkan haknya kembali?

Persoalan yang menarik untuk dinantikan perkembangan selanjutnya, namum apa yang pasti ialah Dato Ramli ialah IGP sekiranya PR yang memerintah........

Tiada ulasan: