"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya UMNO sahaja yang "suci dan bersih"

Tok Pepijat

Kali ini giliran mantan Presiden MCA Dr Ling Liong Sik kena bicara skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).MCA punya ramai Presidennya yang punya skandal. Terutama kes rasuah dan seks.Ini yang peliknya.Hanya UMNO sahaja yang "suci dan bersih" dari skandal.

Pihak SPRM dan Mahkamah Malaysia begitu
"teruja"mendakwa pimpinan politik tetapi pimpinan atasan UMNO sering didapati "suci dan bersih" oleh SPRM. Alasannya tiada bukti. Suatu skrip yang dihafal dan diulang-ulang oleh sesiapa sahaja yang pegang status Pengarah SPRM.

Kita melihat "berguni-guni" laporan dan bukti rasuah yang dibuat Lutfi Othman tentang Khir Toyo. Itu dulu. Sekarang "berlori-lori" pula laporan tentang rasuah Khir Toyo selepas Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang.

Begitu juga kes projek "runtuhan" di Terengganu. Tiada pendakwaan. Semuanya "suci dan bersih" jika membabitkan pimpinan UMNO.

Isu pendakwaan Dr. Ling Liong Sik dilihat satu lagi permainan UMNO untuk memalukan MCA. UMNO ingin menunjukkan bahawa MCA sarat dengan pimpinan yang mempunyai rekod buruk. Ini juga bertujuan agar MCA senantiasa bergaduh, bermasalah dan tidak mempunyai kekuatan sebagai pensaing UMNO.

MIC juga mengalami nasib yang sama. Sampai kini pengaruh MCA dan MIC terus merundum. Inilah matlamat UMNO agar UMNO dilihat sebagai satu parti yang
"memonopoli" kuasa dan keputusan BN.

Ahli MCA mestilah bertanya sesama sendiri,
"Mengapa mantan Presiden MCA sahaja didakwa atas kes PKFZ, sedangkan ramai pimpinan UMNO juga turut terlibat ?".

Sampai bilakan ahli MCA, MIC , GERAKAN dan PPP rela mereka dijajah, dibuli, dikotak katikkan oleh UMNO ?

Ayuh bersama Pakatan Rakyat!

http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan: