"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hina M'sia: Pemuda Umno mahu 'bertindak balas'

Pemuda Umno akan 'bertindak balas' terhadap kebiadapan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Malaysia, antaranya dengan dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

NONEBagaimanapun, berbanding aksi liar oleh penunjuk perasaan Indonesia di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam, pergerakan itu hanya akan menghantar memorandum tanda tidak puas hati.

"Di samping itu, saya telah mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan kami kepada kerajaan Indonesia berhubung kejadian ini," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (
kiri).

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila memorandum itu akan diserahkan.

Khairy juga berkata, mereka mengutuk keras tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

NONE"Sungguhpun umum mengakui bahawa tindakan ini adalah gerak kerja sebilangan kecil yang dilaporkan hanya seramai 37 orang, dan pastinya tidak menzahiri serta mewakili sentimen dan juga pendirian rakyat Indonesia seluruhnya.

"Namun kami tetap berasa marah dengan kejadian ini kerana tindakan yang seumpama itu bukan sahaja suatu yang merendahkan kedaulatan negara malahan begitu memualkan sekali," katanya.

Beliau juga menyeru pihak media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.

Dalam demonstrasi semalam, selain menghina bendera Malaysia, kumpulan itu turut melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.

Kumpulan itu sebelumnya membawa lima bungkusan najis - diletakkan dalam bungkusan makanan, plastik dan kotak polisterin - dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia sambil mendakwa Malaysia selama ini beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

NONEDemonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa merendahkan maruah republik itu dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau menggesa kerajaan Indonesia dapat meningkatkan tahap kawalan keselamatan kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

"(Kami) menyeru segelintir pihak media Indonesia, yang terbabit di dalam peranan mengapi-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara, supaya lebih bertanggung jawab dengan laporan yang berhemah bagi menjaga serta mengelakkan keretakan hubungan dua hala Malaysia dengan Indonesia," tegasnya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: