Itulah yang tersimpan dalam perut pedal UMNO. Merekalah sebagai pengadu domba. Merekalah pencetus isu agar timbulnya konflik antara agama. Merekalah juga pembakar api perkauman dan mereka ingin menggunakan undang-undang thagut dalam menjadikan mereka pemerintah kuku-besi disebalik keselamatan Negara. ISA adalah alat bagi pemuas nafsu keji UMNO bagi dan bakal digunakan terhadap musuh politik mereka.
Siapa sebenarnya dalang disebalik pembakaran gereja? Disebalik menggelegakkan isu perkataan Allah. Siapa disebalik perarakan kepala lembu di Shah Alam dalam mencetuskan ketegangan agama. Siapa disebalik demo penentangan DEB di Pulau Pinang yang kononnya penyelamat ekonomi melayu. Siapa di sebalik NGO Perkasa yang membakar semangat perkauman melayu. Siapa di sebalik pelbagai isu sensitif termasuk terakhir ‘isu khutbah dengan menyebut nama Lim Guang Eng. UMNO lah punca gejalanya yang kian terhimpit demi kuasa politik mereka. Tidak ketinggalan wayang MCA dalam menyalakan api tuntutan bangsa cina.
Mereka yang memalu gong agar mengikut tarian mereka. Akibatnya pimpinan dan penyokong PR yang akan menjadi mangsa. Alasannya mudah iaitu demi keselamatan Negara dan tanpa bicara boleh dihumban dalam ISA. Kenyataan Pemuda UMNO Terengganu dibawah ini adalah signalnya. Mereka bercakaran sesama mereka bak kata pepatah, gajah sesama gajah bertempur, kancil mati ditengah-tengah.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak aman terhadap negara termasuk menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Setiausaha Pemuda UMNO negeri Terengganu, Apli Yusof berkata, kerajaan tidak boleh berkompromi dengan pihak seumpama itu kerana ia akan memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Menurutnya, dalam isu bahawa pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan negara baru, ia harus dipandang serius dengan menjalankan siasatan terperinci supaya hak dan keistimewaan orang Melayu sentiasa terpelihara.
“Saya pernah dengar mengenainya sebelum ini, tapi sumbernya tidak berapa sahih dan dengan pendedahan terbaru ini, kita berharap kerajaan bertindak termasuk menahan individu terlibat dalam ISA. “Kita tidak mahu kesejahteraan tergugat dan tidak mustahil perlembagaan negara akan diubah jika Barisan Nasional (BN) tidak mampu mengekalkan kedudukan sebagai sebuah kerajaan,” katanya, semalam.

Beliau mendakwa, isi kandungan buku itu antara lain adalah mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang. Mengulas lanjut, Apli yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata, sebagai seorang mufti beliau percaya pendedahan dibuat Harussani itu bukan bermotif politik semata-mata.
Baca selanjutnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan