"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minta Tolong Saja Dengan Ulama Muda Tu...

Zolkharnain Abidin

Sakit kepala puak Umno cari ayat al-Quran untuk menjustifikasikan ajakan perpaduan. Akhirnya berjumpa jua, ayat 61 – 62 surah al-Anfal. Bukan main seronok lagi untuk mengutuk PAS dengan ayat itu. Kononnya PAS menolak al-Quran kerana tidak mahu berpadu dengan Umno.

Menariknya, ayat 103 surah al-Baqarah tidak pula digunakan. Mengapa? Bukankah ayat ini lebih tepat dalam konteks melarang perpecahan?

Berpecah memang tidak boleh tetapi kalau nak berpadu memang ada asasnya iaitu wahyu. Adakah perjuangan Umno berasaskan wahyu?

Orang Umno sendiri termasuk Najib pun tak percaya bahawa Umno adalah parti berasaskan wahyu. Kalau Najib ikut wahyu, tentu semenjak sekian lama tidak berlaku apa yang berlaku sekarang. Korup, rasuah, persenda hukum dan banyak lagi.

Ayat surah al-Anfal itu bukan menyuruh berpadu tetapi berdamai. Berdamai (al-salm) dengan berpadu (al-ittihad, al-wehdah) lain maknanya. Ungkapan al-salm bermaksud al-musalamah, al-musalahah dan al-muhadanah bukan al-wehdah.

Lagi pun, latar belakang ayat itu adalah perjanjian Hudibiyah. Orang Musyrikin Mekah mohon berdamai dan genjatan senjata dengan nabi selama sembilan tahun. Nabi menerima permohonan itu dengan pelbagai syarat lagi.

Nabi bersetuju berdamai, maksudnya tidak berperang, gencatan senjata, bukan berpadu.

Itu tafsiran yang agak lunak. Ada ulama kata, ayat ini dimansukhkan dengan ayat perintah perang seperti yang tersebut di dalam surah at-Taubah, 29. Yakni, dimansukhkan hukum tetapi dikekalkan bacaan.

Tak apa, ayat 29 surah at-Taubah itu tak akan digunakan untuk Umno kerana orang Umno adalah orang beriman. Sedangkan ayat itu adalah perintah berperang dengan orang yang tidak beriman.

Justeru, dari segi pematuhan terhadap ayat 61 – 62 surah al-Anfal memang telah dilaksanakan oleh PAS. Pendekatan PAS ialah ‘berdepan secara aman – muwajahah salmiyyah’ dengan Umno dan bukan berperang mengangkat senjata.

Adakah Umno mengambil sikap yang sama dengan PAS, berdepan secara aman? Jawabnya, tidak. Ada orang PAS hilang nyawa, hilang kerja, hilang hak, hilang kebebasan, hilang harga diri angkara Umno. Takkan itu semua orang Umno tak ingat?

Tak apa, Umno carilah ayat lain pula selepas ini untuk menjustifikasikan ajakan perpaduan itu. Kalau tak jumpa, minta tolong sahaja kepada ulama-ulama muda Umno tu. Kalau tak jumpa juga tanya Harussani atau Jamil Khir.

Kalau tak jumpa juga, saya nak bagi petua yang pernah diberikan oleh Mahfuz Omar. Apa dia petua tu?

Senang saja. Beli karbait (yang digunakan untuk main meriam buluh zaman budak-budak dulu). Masukkan ke dalam mulut, masukkan juga air, lepas itu nyalakan. Tengok apa jadi… ha… ha…

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Tiada ulasan: