Ketua penerangannya Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tindakan itu ekoran cadangan penambahbaikan yang diperkenalkan oleh wakil PAS dalam PBT.
Tambahnya, PAS Selangor peka dan sentiasa memantau serta memberi perhatian agar penguatkuasaan agensi negeri, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditingkatkan sebagai usaha"amar makruf nahi mungkar" (menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).
Beliau menjawab cabaran timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar hari ini supaya PAS Selangor mendesak kerajaan Pakatan memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan.
Katanya, tindakan itu juka dapat membuktikan PAS tidak berada bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP.
Dalam satu kenyataan hari ini, Roslan berkata kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui Pakatan terbukti lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu.
Justeru, Roslan berkata Noh tidak perlu membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan "kerana pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa."
"Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui Umno memerintah negeri Selangor sebelum ini," bidasnya.
"Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar.
"PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan