"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceh! Melayu Curi Surat

esmael 
Terkini, bising pasal surat kononnya dari KM Pulau Pinang. Pasalduit judi lumba kuda diberikan kepada Melayu miskin. Melayu yag boleh dikatakan merempat dibumi sendiri. Melayu yang dikatakan sentiasa mendapat perlindungan dan pembelaan. Melayu yang mempunyai ketuanan. Pembela Melayu ialah Melayu sendiri.  Melayu yang berkuasa. Melayu yang sedang mengejar kuasa dan yang paling sedih ialah dari Melayu yang tidak ada apa-apa kuasa tetapi berpura-pura seperti dialah berkuasa.

Pendedahan sebegini terhadap pemerintah negeri yang diterajui oleh DAP merupakan siri serangan yang direkayasa oleh UMNO/BN dengan satu tujuan, merampas kembali kuasa politik dan kuasa pemerintahan.

Bising pasal surat ini menjadi kemuncak apabila Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal membuat kenyataan melalui media rasmi kerajaan. Walaupun kesahihan surat ini dipertikai banyak pihak di saluran Internet, namun surat ini tetap memberi implikasi politik. 

Pertama, mengapakah pendedahan pada kali ini dibuat oleh Reezal, bukannya oleh champion UMNO dan pembela Melayu lain di negeri itu masih ramai?

Kedua, mengikut Reezal (rujuk Utusan), surat tersebut diserah oleh
'orang yang tidak di kenali di rumahnya di Kuala Lumpur' - mengapakah
orang yang tidak dikenali ini bersusah payah dari Pulau Pinang ke
Kuala Lumpur untuk menyerah surat, seolah-olah UMNO dah tutup kedai di Pulau Pinang atau pemimpin UMNO lain di Pulau Pinang dah tidak boleh di percayai lagi?

Ketiga, atau Reezal sendiri sedang mencari momentum baru di Parlimen Kepala Batas untuk PRU 13 nanti ?

Keempat, penyerah surat boleh juga disamaertikan sebagai 'pencuri surat'.  Pencuri surat ini kurang pro kerana mencuri surat Kerajaan Negeri kepada Taukeh Lumba Kuda sahaja, sepatutnya beliau juga mencuri kedua-dua surat  dari Taukeh Lumba Kuda kepada Kerajaan Negeri, barulah bukti kesahihan surat ini lebih kukuh.  Apakah mencuri surat Kerajaan Negeri dibolehkan dari segi undang-undang?

Mempersoalkan wang dana halal atau haram tidak salah.  Samalah seperti rakyat Malaysia yang beragama Islam mempersoalkan Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi yang juga akan menjana wang haram dari segi hukum agama.  Tetapi menjadi kesalahan jika kita mempersoalkan Lim Guan Eng menerima dana dari hasil lumba kuda kerana agama beliau tidak melarang untuk beliau berbuat demikian.  Lagipun beliau sendiri mengakui bahawa rakyat miskin di Pulau Pinang ada juga yang bukan Islam (bukan Melayu).

Reezal dan para pendokongnya sepatut merasa malu dengan tindakan kerajaan negeri sekarang membuat inisiatif untuk mengangkat martabat rakyatnya dari paras miskin tegar.  Sedangkan pemerintah sebelum ini UMNO/BN terlupa untuk bertindak seperti ini sepanjang pemerintahan mereka setengah abad yang lalu.

Malu akan menjadi lebih besar kerana 90% daripada yang miskin adalah Melayu.  Para pembela Melayu sepatutnya sedar dan insaf dengan senario Melayu menjadi kaum majoriti daripada golongan termiskin dinegeri ini, sedangkan negeri ini tempat lahirnya Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri Kewangan dan banyak lagi pemimpin besar negara.

Tiada ulasan: