"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jerebu: Sekolah-Sekolah Di Muar Diarah Batal Aktiviti Luar

Muar,  20 OKT: Pejabat Pendidikan Muar di Johor mengarahkan semua sekolah di daerah berkenaan membatalkan sebarang aktiviti luar berikutan tahap kualiti udara yang semakin merosot di kawasan terbabit.

Menurut laporan media, ia berikutan tahap indeks pencemaran udara (API) di kawasan berkenaan meningkat kepada 432 dalam bacaan API Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan API antara 0-50 dianggap bagus dan bacaan 51-100 diklasifikasikan sebagai 'tidak sihat' manakala bacaan 101-200 dan 201-300 pula dianggap sebagai 'tidak sihat'.
Dalam pada itu tahap bacaan 432 yang dicatatkan di Muar meletakkan kawasan terbabit sebagai kategori berbahaya kepada kesihatan yakni bacaan melebihi 301 API. Bagaimanapun, mengikut Jabatan Alam Sekitar, kawasan-kawasan lain sekitar negeri Johor mencatatkan bacaan sederhana.

Antara negeri lain yang turut terjejas teruk dengan keadaan jerebu di selatan Semenanjung adalah Melaka yang mencatatkan bacaan 111, di atas paras tidak sihat manakala kemerosotan kualiti udara juga telah dilaporkan di Negeri Sembilan dan Selangor sejak beberapa hari lalu.

Tiada ulasan: