AUCKLAND: Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.
Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.
Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.
Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.
Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.
Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan