"Pertemuan ini juga sekali lagi mempertegaskan bahawa tindakan membakar novel Interlok adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan boleh membawa ketidakharmonian antara kaum.
"Suatu pertemuan dengan menteri pelajaran akan di adakan dalam waktu terdekat bagi menyerahkan hasil pertemuan ini kepada pihak kerajaan," katanya yang bertindak sebagai moderator dalam pertemuan kedua anjuran Pemuda PAS di Bangi Kelmarin.
Pertemuan itu susulan yang pertama pada 13 Januari lalu melibatkan lebih sepuluh NGO, antaranya Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Makkal Sakti.
Dalam satu kenyataan, Suhaizan berkata, perbincangan pada Selasa lalu melibatkan golongan budayawan dan aktivis India itu turut menyarankan supaya Interlok (naskah pelajar) dimasukkan lampiran ulasan dan diperlengkap glosori sedia ada.
Dapatan tidak diketahui
Katanya, dalam pertemuan itu, setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing dan terjadi perbincangan hangat sekitar cadangan mengugurkan Interlok daripada menjadi buku teks tingkatan lima.
"Setiap kumpulan mempunyai hujah masing-masing. Setiap kumpulan sangat mengormati antara satu sama lain," kata Suhaizan lagi.
"Kita sudah selesaikan kerja kita," katanya sambil menambah perbicangan anjurannya minggu lalu itu adalah yang terakhir.
Ditanya kewajaran diadakan panel itu memandangkan kementerian pelajaran sudah menubuhkan panel sendiri untuk membincangkannya, Suhaizan menjawab:
"Masalahnya kita tidak tahu dapatan panel itu setakat ini, terima atau tak terima (cadangan).
Beliau berharap, sebarang proses perbincangan telus dan dimaklumkan kepada semua pihak berkaitan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan