satubenih
Gugusan pulau-buatan manusia “The World” di luar pantai Dubai sedang tenggelam, menurut laporan sebuah akhbar harian di Kanada.
Gugusan pulau-buatan manusia “The World” di luar pantai Dubai sedang tenggelam, menurut laporan sebuah akhbar harian di Kanada.
"The World" yang merupakan pembinaan pulau-pulau berbentuk peta dunia, sedang tenggelam semula ke laut, menurut bukti yang dikemukakan kepada tribunal hartanah, lapor Ottawa Citizen, Jumaat.
Pulau-pulau yang hanya boleh dikunjungi dengan bot itu, sedang mengalami hakisan tanah sementara terusan navigasi antara pulau-pulau itu pula sedang mendap, kata peguam Britain yang mewakili sebuah syarikat menentang syarikat pemaju tempatan, Nakheel, kepada para hakim. ''Pulau-pulau itu sedang mendap ke laut,'' kata Richard Wilmot-Smith QC, bagi pihak Penguin Marine.Menurut Nakheel, 70 peratus daripada 300 pulau di The World telah dijual, tetapi kebanyakan pelan pembangunan sehingga kini gagal dicapai berikutan krisis kewangan yang melanda dunia. Hanya sebuah pulau sahaja – Greenland - yang setakat ini didiami, dan itulah pulau contoh yang dimiliki pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.
Syarikat tersebut adalah sebahagian dari Dubai World, iaitu konglomerat milik kerajaan yang terpaksa diselamatkan kerana menanggung hutang sebanyak $25 billion pada akhir tahun 2009.
Nakheel juga terlibat dalam pembangunan tanah berbentuk pokok kurma (gambar bawah) di luar pantai Dubai.
Selanjutnya...& gambar-gambar projek mega
Tiada ulasan:
Catat Ulasan