MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya.
-Agensi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan